awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis cantik bangga jadi pengawal keselamatan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2023
06:05 MYT
Gadis cantik bangga jadi pengawal keselamatan
Gadis bertubuh genit dengan rupa paras cantik itu merakam aktiviti hariannya di tempat kerja dan memuat naik video tersebut di akaun TikToknya untuk tatapan umum. - Gambar/ Sinar Harian/ TikTok
SEORANG gadis Thailand dikenali sebagai Wang berbangga dengan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Malah, gadis bertubuh genit dengan rupa paras cantik itu merakam aktiviti hariannya di tempat kerja dan memuat naik video tersebut di akaun TikToknya untuk tatapan umum.
Wang yang bertugas di kawasan perindustrian di Bangkok berkata, selain usikan nakal dia kerap menerima kata-kata berbaur penghinaan kerana pekerjaannya yang dianggap tiada kelas.
"Saya tidak malu malah seronok dan berbangga dapat berbakti kepada keluarga terutama ibu di kampung.
"Lagipun, saya melakukan pekerjaan yang tidak menyalahi undang-undang," kata gadis berasal dari wilayah Kancanaburi ini.
Tambah Wang, dia bersyukur kerana hampir setiap hari dia diberikan tip daripada orang ramai yang digunakan untuk menampung kos harian di bandar besar seperti Bangkok.
"Apa yang saya dapat sepanjang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Bang Rak? Saya dapat belikan ibu cincin emas, lembu betina berharga 10,000 baht (RM1,308) dan sebuah skuter yang membolehkan saya pulang ke kampung setiap hujung minggu.
"Gaji tidak sebesar mana, tetapi anda kena rajin dan tidak lepaskan peluang untuk bekerja lebih masa pada syif malam," katanya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#wanita cantik
#TikTok
#tak malu
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan