awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang fokus pelancongan kapal persiaran nilai tinggi, manfaat peluasan GSPC
Jeganathan teliti beberapa perkara sebelum mohon kembali ke Olahraga Malaysia
Bukan nak berlawan dengan artis luar, Siti Nurhaliza mahu angkat martabat seni tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar Putera George berjalan sempena ulang tahun yang pertama

Agensi
Agensi
20/07/2014
10:25 MYT
Gambar Putera George berjalan sempena ulang tahun yang pertama
Putera George menunjukkan beliau kini boleh berjalan dalam satu gambar yang dirakam oleh ibu-bapanya.
Putera George menunjukkan beliau kini boleh berjalan dalam satu gambar yang dirakam oleh ibu bapa beliau iaitu Putera William dan Kate untuk menandakan ulang tahun pertama bakal raja Britain itu pada Selasa ini.
Bayi yang memakai seluar pendek berjalur dan baju berwarna biru, digambarkan berjalan dengan penuh yakin dan matanya menatap destinasinya.
Gambar itu diambil beberapa minggu lalu di Natural History Museum, London di mana Duke dan Duchess Cambridge itu membawa anak mereka untuk melawat pameran rama-rama.
"Putera George sangat berkeyakinan, seorang anak muda yang sangat bersemangat," kata John Stillwell, seorang jurugambar dengan Press Association yang merakam gambar berkenaan.
"Apabila anda mempunyai anak, anda tidak sedar mereka membesar dalam tempoh yang singkat – dan selalunya orang lain yang akan mengatakan mereka sudah besar.
"Jadi, setelah melihat beliau setelah dilahirkan dan pada majlis pembaptisan beliau tiga bulan kemudian, dari bayi di majlis pembaptisan kini menjadi kanak-kanak kecil, itu perubahan terbesar.
"Dan dia kelihatan seperti siapa? Saya perlu mengatakan bapanya, William."
George telah menjadi seorang ikon fesyen dan pakaian beliau dari label Perancis Petit Bateau mungkin akan menjadi ikutan di seluruh dunia.
George, waris ketiga takhta Britain selepas datuknya Putera Charles dan bapanya Putera William, akan menyambut hari lahirnya di Kensington Palace.
"Ahli keluarga akan menyambutnya secara peribadi dengan rakan-rakan terdekat di Istana Kensington," kata seorang jurucakap.
Topic Berkaitan
#Kate Middleton
#Prince William
#Putera George
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan