awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan berterusan di Sydney selepas kabel elektrik jatuh atas tren

Bernama
Bernama
21/05/2025
14:10 MYT
Gangguan bekalan berterusan di Sydney selepas kabel elektrik jatuh atas tren
Kabel elektrik berkuasa 1,500 volt itu jatuh di atas sebuah tren di pinggir barat Sydney pada petang Selasa, menyebabkan kerosakan besar. - Sinar Harian
SYDNEY: Penduduk di Sydney, Australia dinasihatkan supaya mengelak daripada menggunakan perkhidmatan tren pada Rabu susulan kelewatan perkhidmatan selepas kabel elektrik berarus tinggi jatuh di atas sebuah gerabak pada Selasa, lapor Xinhua.
Kabel elektrik berkuasa 1,500 volt itu jatuh di atas sebuah tren di pinggir barat Sydney pada petang Selasa, menyebabkan kerosakan besar pada bekalan elektrik dan memerangkap ratusan penumpang yang akhirnya berjaya dikeluarkan selepas beberapa jam.
Kejadian itu mencetuskan gangguan besar ke atas rangkaian tren di Sydney, dan agensi pengangkutan kerajaan bagi negeri New South Wales (NSW) memaklumkan bahawa kelewatan akan berterusan sepanjang hari.
"Penumpang yang merancang untuk menggunakan perkhidmatan tren pagi ini dinasihatkan supaya mengelak perjalanan dengan kereta api atau menggunakan pengangkutan alternatif jika boleh," menurut kenyataan Transport for NSW.
Tren yang terlibat telah dialihkan dari landasan pada waktu malam dan kabel elektrik di atas telah dibaiki.
Kerja-kerja pemeriksaan akhir dijalankan pada Rabu sebelum bekalan kuasa ke enam laluan terjejas disambung semula selepas pukul 7.00 pagi waktu tempatan.
Pengarah Eksekutif Operasi Rel Transport for NSW, Jas Tumber memberitahu radio Perbadanan Penyiaran Australia bahawa siasatan telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kabel elektrik itu jatuh ke atas tren.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Sydney
#gangguan bekalan elektrik
#kabel voltan tinggi
#perkhidmatan tren
#jadual tergendala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan