Kesatuan Afrika (AU) yang mewakili negara-negara benua Afrika mendesak permohonan maaf daripada Presiden Donald Trump, kerana gelaran 'lubang najis'.
Pejabat kesatuan itu yang berpangkalan di Washington menyatakan ia terkejut, kecewa dan marah gelaran berkenaan dan menyifatkan pentadbiran Trump mempunyai anggapan yang salah terhadap negara di benua Afrika.
"Kenyataan berbaur perkauman oleh Trump, menghina warga Amerika Syarikat yang menghormati kepelbagaian martabat manusia.
"Kesatuan Afrika percaya wujud salah faham besar terhadap negara-negara di dalam blok kami, oleh pentadbiran White House ketika ini," jelas AU dalam satu kenyataan.
Kenyataan celupar Trump terhadap pendatang asing di negara itu dibuat ketika satu mesyuarat bersama anggota Kongres.
Beliau mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai 'lubang najis'.
BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? - Donald Trump
Sehari selepas membuat kenyataan itu, Trump tampil buat penafian, menerusi akaun Twitternya.
BACA: Presiden Trump nafi terlepas cakap
Kesatuan Afrika mewakili 55 anggota negara di seluruh benua.
Astro Awani
Sat Jan 13 2018
Kesatuan Afrika (AU) tuntut permohonan maaf daripada Trump susulan gelaran 'lubang najis' terhadap negara benua itu. - Reuters
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Niaga AWANI: AirAsia Cambodia mula penerbangan domestik pertama
AirAsia menghubungkan Kemboja dengan laluan antarabangsa dari hab Kuala Lumpur dan Bangkok dengan 63 penerbangan setiap minggu.
Niaga AWANI: Bukti Malaysia diiktiraf sebagai hab pilihan Asia Tenggara
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ini menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap Asia Tenggara dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk untuk pertumbuhan.
Niaga AWANI: Perkhidmatan Skypark Link akan diaktifkan kembali - Anthony Loke
Beliau menjelaskan terminal itu diharap dapat menarik lebih ramai penumpang ke lapangan terbang kerana ia merupakan antara kawasan paling sesak di Lembah Klang.
Niaga AWANI: Pengambilalihan Affin Bank, Sarawak tunggu lampu hijau BNM
Proses pengambil alihan majoriti pegangan saham dalam Affin Bank oleh Kerajaan Sarawak berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
Niaga AWANI: Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama 2024
Trafik penumpang udara domestik serta antarabangsa masing-masing menyumbang 47.5 peratus dan 52.5 peratus daripada jumlah trafik penumpang udara suku tahunan.
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul fail afidavit
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.