awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara makan malam mewah, Menteri Perancis letak jawatan

Agensi
Agensi
18/07/2019
01:35 MYT
Gara-gara makan malam mewah, Menteri Perancis letak jawatan
Francois de Rugy, yang dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar pada September 2018 mengumumkan peletakan jawatannya pada Rabu. - Foto Reuters
Seorang menteri Kabinet Perancis meletak jawatan semalam susulan laporan menuduhnya mengadakan jamuan makan malam mewah menggunakan wang rakyat dan menyalahgunakan perumahan awam.
Francois de Rugy, yang dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar pada September 2018 mengumumkan peletakan jawatannya seminggu selepas pendedahan yang dibuat oleh laman web Mediapart.
"Serangan media yang menyasarkan keluarga saya memaksa saya berundur," kata de Rugy yang juga merupakan menteri kanan kedua dalam kerajaan selepas Perdana Menteri Edouard Philippe.
De Rugy menjadi perhatian setelah Mediapart mengeluarkan gambar beliau bersama isteri menikmati jamuan makan malam mewah dengan hidangan udang galah dan champagne ketika menjadi Speaker Parlimen pada tahun 2017 dan 2018.
Laporan Mediapart mendakwa makan malam terbabit yang dibayar dengan wang pembayar cukai merupakan acara sosial sementara de Rugy mengatakan ia merupakan sebahagian tugasnya mewakili Himpunan Kebangsaan.
Beliau turut didakwa menyalahgunakan sebuah apartmen berhampiran kampung halamannya di Nantes, barat Perancis yang dikhaskan untuk pekerja bergaji rendah selain mengubahsuai kediaman rasminya.
De Rugy telah memfailkan aduan undang-undang terhadap Mediapart berhubung laporan yang disifatkannya berunsur fitnah. - Agensi
Topic Berkaitan
#Edouard Philippe
#Francois de Rugy
#letak jawatan
#makan malam mewah
#menteri alam sekitar
#menteri Perancis
#Perdana Menteri Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan