awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jay Vine juara Tour Down Under walaupun terlibat kemalangan akibat kanggaru
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara suka muat naik gambar anak, seorang ibu berdepan hukuman mahkamah

Agensi
Agensi
11/01/2018
23:18 MYT
Gara-gara suka muat naik gambar anak, seorang ibu berdepan hukuman mahkamah
Ia kes pertama di Itali yang memerintahkan penyingkiran bahan foto dan video, malah denda untuk ibu bapa. - Gambar hiasan
SUKA muat naik gambar anak di media sosial? Mungkin anda perlu berfikir dua kali sebelum berbuat demikian.
Ini kerana di Itali, seorang ibu berdepan hukuman denda £8,900 atau kira-kira RM42,000 kerana memuat naik gambar anaknya tanpa kebenaran di media sosial.
Gara-gara tidak mahu terpalit dengan prosiding perceraian di antara ibu bapanya, seorang remaja memberitahu mahkamah di sini, dia tidak mahu gambarnya dimuat naik di laman sosial ibunya itu.
Malah, remaja berusia 16 tahun itu juga menuntut agar mahkamah membenarkannya berpindah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran dan memulakan 'kehidupan baharu' di sana.
Mahkamah Rom turut memerintah wanita berkenaan agar memadamkan semua gambar lama, video, malah status berhubung anaknya itu di media sosial.
Ia kes pertama di Itali yang memerintahkan penyingkiran bahan foto dan video, malah mengenakan denda terhadap ibu bapa.
Itali juga menguatkuasakan undang-undang ketat berhubung pemilikan hak cipta, di mana individu dalam gambar atau video tersebut memiliki hak cipta terbabit dan dalam kes ini, remaja berkenaan.
Pada November lalu, seorang hakim dari Mantua, Itali memerintahkan ibu bapa tidak boleh menyiarkan gambar anak mereka yang di bawah umur sekiranya salah seorang - sama ada ibu atau bapa anak berkenaan - tidak bersetuju dengan tindakan itu.
Namun, ini bukan kali pertama sesebuah negara mengamalkan undang-undang ke atas perlindungan privasi kanak-kanak.
Di Perancis, pelanggaran privasi seorang kanak-kanak boleh dikenakan denda £45,000 atau kira-kira RM215,000 malah berdepan hukuman penjara sehingga setahun.
Pada bulan Mei 2018, Kesatuan Eropah (EU) bakal menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Data Am bagi menghadkan penggunaan maklumat peribadi seseorang.
Peraturan-peraturan baharu itu bertujuan mengawal cara data peribadi seseorang individu boleh dikumpulkan dan digunakan.
Topic Berkaitan
#bawah umur
#data peribadi
#hak cipta
#ibu bapa
#Itali
#Kanak-kanak
#mahkamah
#media sosial
#muat naik
#perlindungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan