awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara tidak memakai pelitup muka, lima individu dihukum 'jalan itik'

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2021
03:25 MYT
Gara-gara tidak memakai pelitup muka, lima individu dihukum 'jalan itik'
Insiden tersebut kini dalam siasatan dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu terbabit.
MUMBAI: Lima individu dihukum lakukan 'jalan itik' oleh anggota polis kerana disyaki cuba terjun ke dalam laut di Mumbai, India.
Video aksi di Marine Drive itu tular di media sosial namun catatan di video berkenaan menyatakan kesemua individu berkenaan dikenakan hukuman kerana tidak memakai pelitup muka, lapor Times of India.
Pegawai Ibu Pejabat Polis Marine Drive, Inspektor Vishwanath Kolekar berkata, tindakan tersebut boleh mengancam nyawa kesemua individu terbabit.
"Siasatan awal mendapati kesemua individu terbabit dihukum bukan kerana tidak memakai pelitup muka tetapi kerana ingin memasuki kawasan pantai berdekatan.
"Kawasan pantai berkenaan ditutup kepada orang ramai kerana ia berbahaya," jelasnya.
Beliau berkata, insiden tersebut kini dalam siasatan dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu terbabit.
Kesemua individu berkenaan dilapor telah dibebaskan selepas diberi amaran oleh anggota polis yang bertugas.
Topic Berkaitan
#jalan itik
#pelitup muka
#Mumbai
#Marine Drive
#laut
#Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan