awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza di ambang kehancuran total

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2023
01:40 MYT
Gaza di ambang kehancuran total
Penduduk memeriksa kawasan kediaman yang musnah akibat diserang tentera rejim Zionis Israel di Rafah. - Foto AP
NEW YORK: Semenanjung Gaza berada di ambang kehancuran total apabila gencatan senjata terbaharu yang diusulkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) gagal diluluskan.
Kegagalan itu berpunca daripada tindakan sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi yang ditaja bersama hampir 100 negara anggota PBB.
Mengulas situasi itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyifatkan kegagalan gencatan tersebut memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza yang sudah pun melepasi tahap kronik.
“Gaza bukan sahaja menyaksikan kehancuran sistem kemanusiaan, malah ia lebih teruk daripada itu, kehancuran total!
“Gencatan senjata kemanusiaan amat diperlukan untuk mengelakkan malapetaka dengan implikasi yang tidak dapat dipulihkan untuk rakyat Palestin dan seluruh Asia Barat,” ujar Guterres.
Draf resolusi itu menerima sokongan 13 ahli UNSC, United Kingdom (UK) bagaimanapun memilih untuk berkecuali.
Rejim Zionis menyambung kempen pengebomannya ke atas Gaza pada 1 Disember lalu selepas jeda kemanusiaan antara Israel-Hamas gagal diperbaharui.
Sekurang-kurangnya 17,487 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 46,480 lagi cedera dalam serangan udara dan darat yang tiada kesudahan ke atas enklaf itu sejak 7 Oktober berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas.
Angka kematian Israel dalam serangan Hamas pula kekal berjumlah 1,200 orang, menurut angka rasmi. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#kehancuran
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan