awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
Wanita warga emas kerugian lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza semakin tenat, Duta Malaysia seru NGO segera salur bantuan

Pia Ernadya
Pia Ernadya
11/08/2025
23:30 MYT
Gaza semakin tenat, Duta Malaysia seru NGO segera salur bantuan
Menurut Mohammad Nasri, antara keperluan mendesak di Gaza termasuk makanan, ubat-ubatan dan minyak untuk kegunaan harian.
AMMAN: Penduduk di Gaza, Palestin kini berdepan krisis kelaparan kritikal ekoran kekurangan bekalan asas selepas hampir setahun dikenakan sekatan, kata Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohammad Nasri Abd Rahman.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Amman bagi menyalurkan bantuan.
“Pada masa ini, Israel masih menghalang bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza walaupun mereka berjanji untuk membuka sempadan dan membenarkan bantuan antarabangsa masuk.
“Namun realitinya, di lapangan wujud sekatan yang dilakukan oleh pendatang haram (settlers) dan tentera upahan, menyebabkan hanya sebahagian kecil bantuan berjaya melepasi sempadan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui di Kedutaan Besar Malaysia, di sini, pada Isnin.
Tambah Mohammad Nasri, bantuan akan diselaraskan melalui Jordan Hashemite Charity Organization (JHCO) bagi membolehkan bekalan dibawa masuk ke Gaza.
Jelas beliau, antara keperluan mendesak termasuk makanan, ubat-ubatan dan minyak untuk kegunaan harian.
“(Namun begitu) semua barangan ini akan diperiksa pihak Israel dan mereka akan menentukan mana yang dibenarkan masuk. Sebahagian besar barangan tidak dibenarkan, terutamanya jika dianggap boleh menjejaskan keselamatan mereka,” tegas Mohammad Nasri lagi.
Topic Berkaitan
#kebuluran di Gaza
#bantuan kemanusiaan
#Gaza semakin tenat
#Jordan Hashemite Charity Organization
#JHCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan