"Tiada kanak-kanak perlu menderita akibat kesan keganasan. Keganasan menjejaskan kanak-kanak dari segi fizikal dan psikologi, dengan kesan-kesan yang membimbangkan terutamanya berkaitan harapan keamanan, kestabilan dan kefahaman mereka terhadap masa depan.
"Sering kali kanak-kanak yang menyaksikan keganasan tersebut, dan melihatnya sebagai "biasa", mungkin akan mengulangi perkara itu di masa depan," kata Pengarah Eksekutif UNICEF Anthony Lake dalam satu kenyataan.
Situasi di Gaza dan Israel boleh menjejaskan kanak-kanak dari segi fizikal dan psikologi. -AP Photo/Khalil Hamra
Tambah beliau, kakitangan UNICEF di lokasi kawasan konflik sempat bertemu anggota keluarga mereka yang terbabit. Rata-rata menggambarkan kesan emosi kepada kanak-kanak akibat keganasan seperti kenak-kanak yang tidak boleh tidur malam, mengalami mimpi buruk, kanak-kanak yang tidak makan dan juga kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda tekanan mental.
“Kehidupan kanak-kanak terjejas teruk akibat keganasan yang semakin buruk di Gaza dan Israel, dengan sekurang-kurangnya 33 kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam serangan terbaru, manakala ratusan lagi cedera," kata Lake.