Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi khusus Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyediakan piawaian, peraturan dan prosedur bagi penerbangan antarabangsa, mengesahkan KLIA2 memenuhi standard keselamatannya.
Mengumumkan perkara itu hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata projek ikonik negara itu mematuhi piawaian antarabangsa ICAO.
"Saya ingin mengumumkan hari ini bahawa laporan daripada ICAO mengesahkan KLIA2 adalah selamat. Laporan itu telah dibentangkan di Kabinet semalam," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan Menara Kawalan Trafik Udara KLIA2 oleh Malaysia Airports Holdings Bhd kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini hari ini.
Beliau berkata lapangan terbang itu masih menjalankan kesediaan operasi dan pemindahan sehingga akhir April walaupun sijil perakuan siap dan pematuhan dikeluarkan pada 18 April.
Hishammuddin membayangkan KLIA2 mungkin dibuka secara rasmi sebulan selepas pra pembukaan pada 2 Mei.
"Saya menyatakan bahawa kami akan melakukannya (pelancaran rasmi) dalam tempoh sebulan kemungkinan pada 2 Jun dan itu adalah perkara biasa (tempoh masa) tetapi apa yang lebih penting ialah saya mahu semuanya beroperasi dari hari pertama," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan bahawa KLIA2 telah menetapkan prosedur berlepas dan mendarat pesawat yang baharu.
"Semua syarikat penerbangan perlu mematuhi prosedur baharu ini yang telah kami tetapkan dan syarikat penerbangan telah mengambil maklum mengenainya sebulan yang lalu," katanya, sambil menambah pesawat pertama dijangka mendarat pada pagi (12.01 pagi) 2 Mei.
Azharuddin berkata KLIA2 telah mencapai satu pencapaian baharu dengan pengenalan landasan ketiga.
"Kita adalah yang pertama di Asean memiliki sistem tiga landasan," katanya.
Terdahulu, para jemputan dan media dipertontonkan dengan pendaratan dua buah pesawat MH402 dan MH604 secara serentak di landasan dua dan tiga di KLIA2.
"Ini akan kita jadikan sebagai prosedur normal dan membolehkan kita menambah lagi jumlah pesawat yang akan mendarat dan berlepas dari KLIA2," katanya.
Ini adalah peristiwa bersejarah dan pencapaian bagi industri penerbangan kita, katanya.
Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad berkata pada hari pertama operasi KLIA2, akan terdapat 56 pergerakan (ketibaan dan berlepas).
"Manakala dari 9 Mei dan seterusnya, apabila Airasia memulakan operasinya di KLIA2, kita boleh mempunyai kira-kira 400 pergerakan sehari," katanya.
Bernama
Thu Apr 24 2014
Lapangan terbang KLIA2
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.

Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.