awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Henti beri EOT tanpa alasan munasabah kepada projek lewat siap - Dr Zaliha
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Gelombang haba landa Eropah, Perancis isytihar darurat

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2025
14:08 MYT
Gelombang haba landa Eropah, Perancis isytihar darurat
Di Perancis, keadaan darurat diisytihar di seluruh negara dengan 16 jabatan termasuk Paris berada pada tahap merah, iaitu amaran tertinggi daripada Météo France. - Foto REUTERS
SEPANYOL mencatatkan rekod baharu suhu tertinggi pada Jun apabila suhu di El Granado, berhampiran sempadan dengan Portugal, mencecah 46 darjah Celsius pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Sepanyol mencatat suhu tertinggi Jun dengan 46 darjah di El Granado, manakala Barcelona juga pecah rekod dengan 37.6 darjah.
  • Perancis isytihar darurat cuaca panas dengan suhu dijangka cecah 41 darjah, trafik dan sekolah terjejas, hospital bersedia terima pesakit.
  • Jerman dijangka alami suhu hingga 40 darjah pada Selasa dan Rabu, sebelum ribut petir menyejukkan cuaca Khamis ini.

Suhu panas turut melanda Portugal, manakala Barcelona merekodkan suhu 37.6 darjah, rekod tertinggi Jun di bandar itu walaupun terletak berhampiran laut.
AEMET meramalkan gelombang haba di Sepanyol berterusan sehingga Rabu dengan cuaca dijangka mula sejuk pada Khamis.
Di Perancis, keadaan darurat diisytihar di seluruh negara dengan 16 jabatan termasuk Paris berada pada tahap merah, iaitu amaran tertinggi daripada Météo France.
Suhu dijangka mencecah 41 darjah di kawasan terlibat.
Menteri Kesihatan Yannick Neuder memaklumkan hospital sedang bersedia menerima pesakit akibat panas melampau, manakala Perdana Menteri François Bayrou dijadualkan melawat pusat krisis di Paris.
Laluan trafik di Greater Paris dikawal ketat, dengan hanya kenderaan rendah pelepasan dibenarkan dan had laju dikurangkan sebanyak 20 kilometer sejam, selain 1,350 sekolah ditutup.
Sementara itu, Perkhidmatan Cuaca Jerman meramalkan suhu di Jerman bakal mencecah 40 darjah minggu ini, dengan Selasa dan Rabu dijangka menjadi hari paling panas setakat ini, diikuti ribut petir sebelum suhu menurun pada Khamis.
Rekod suhu tertinggi negara itu ialah 41.2 darjah di Tönisvorst pada Julai 2019.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadualkan tiba di Paris Khamis ini bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Emmanuel Macron.
Topic Berkaitan
#gelombang haba
#suhu tertinggi
#Perancis
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami