awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Banten: 'Nanti saja bayarnya bapak, ibu, selamatkan diri dulu'

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2022
03:19 MYT
Gempa Banten: 'Nanti saja bayarnya bapak, ibu, selamatkan diri dulu'
Orang ramai dilihat berkumpul di luar bangunan susulan gempa bumi kuat yang melanda Jakarta pada Jumaat. - Foto AP
JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.7 skala Richter yang menggegarkan kepulauan Jawa semalam telah menyebabkan pengunjung di Margo City Depok, Jawa Barat lari bertempiaran.
Tidak terkecuali para pengunjung yang sedang menjamu selera di sebuah restoran di pusat membeli belah tersebut yang terletak di Jalan Margonda Raya Depok.
Gegaran itu begitu kuat hingga menyebabkan lampu tergantung di restoran itu turut bergoyang, lapor Kompas.com.
"Gempa, gempa..." jerit beberapa pengunjung sambil berlari keluar.
Bagaimanapun, beberapa pengunjung masih kekal di dalam restoran itu mungkin kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Melihat situasi itu, salah satu pekerja dengan lantang meminta semua pengunjung segera mengosongkan restoran.
"Nanti saja bayarnya Bapak, Ibu, selamatkan diri sendiri dulu...," jerit pekerja itu.
Dia dan rakannya kemudian memeriksa dan menyelamatkan barang-barang milik pengunjung yang tertinggal, seperti telefon bimbit.
BACA: Gempa bumi Banten: Ini apa yang kita tahu setakat ini
BACA: Gempa bumi skala 6.7 gegarkan kepulauan Jawa
Pada masa sama, petugas pusat membeli belah tersebut turut menggunakan pembesar suara meminta semua pengunjung menyelamatkan diri.
Malah, semua restoran di medan selera menghentikan urusan termasuk jual beli demi menyelamatkan diri.
Gempa bumi skala 6.7 gegarkan kepulauan Jawa
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Banten
#Jakarta
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan