Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 5.9 magnitud landa 42km barat laut Te Anau, New Zealand - USGS

51762681028_GempaBumiGeneric.jpg
Gempa bumi 5.9 magnitud melanda kawasan 42 kilometer (km) utara-barat laut (NNW) Te Anau, New Zealand pada 9.14 pagi GMT, Khamis.
Advertisement

HONG KONG: Gempa bumi 5.9 magnitud melanda kawasan 42 kilometer (km) utara-barat laut (NNW) Te Anau, New Zealand pada 9.14 pagi GMT, Khamis, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.

USGS memaklumkan pusat gempa itu yang terletak pada kedalaman 76.4km, pada mulanya dikesan berada pada 45.04 darjah latitud selatan dan 167.61 darjah longitud timur.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement