SEPANG: Malaysia menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terjejas.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Wisma Putra dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali untuk mengambil tindakan segera dengan menghantar pasukan SAR ke Turkiye setelah gempa bumi menjejaskan 10 wilayah.
Beliau berkata Kementerian Luar bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kedutaan Malaysia di Turkiye serta Kedutaan Turkiye di Malaysia akan menyelaraskan operasi tersebut untuk memastikan gerak kerja di negara itu kelak berjalan lancar tanpa menimbulkan kesulitan.
"Saya berhubung dengan Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu untuk mendapatkan gambaran di sana dan beliau menyuarakan perlu kesegeraan antaranya bantuan SAR dan akan disusuli dengan bantuan dalam bentuk perubatan dan misi kemanusiaan yang lain," katanya kepada media semasa pelepasan misi SAR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, malam ini.
Turut hadir adalah Armizan, Ketua misi SAR Komander Mohd Khairul Jamil dan Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Zambry berkata seramai 12 rakyat Malaysia di wilayah terjejas iaitu Gaziantep, Sanliurfa dan Adana telah dihubungi Kedutaan Malaysia di Turkiye dan berada dalam keadaan selamat.
Sementara itu, Mohd Khairul berkata pasukan SMART yang terdiri daripada 70 anggota termasuk pasukan perubatan dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat) berlepas malam ini ke Istanbul menerusi penerbangan Turkish Alirlines.
Beliau berkata pasukan akan melapor diri sejurus tiba di kawasan yang terjejas dan akan digerakkan mengikut urus setia yang menetapkan kawasan untuk SAR.
Katanya pasukan SMART berpengalaman dalam operasi SAR dengan penglibatan dalam 12 SAR termasuk insiden gempa bumi melanda Izmit, Turkiye pada 1999 serta menerima pengiktirafan daripada Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.
Gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras pada awal pagi Isnin, dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.
Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye itu telah meragut 912 nyawa, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Kementerian Luar bersama NADMA, Kedutaan Malaysia di Turkiye serta Kedutaan Turkiye di Malaysia akan menyelaraskan operasi tersebut. - Gambar/ Bernama
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.

Angka kematian akibat gempa bumi di Filipina meningkat kepada 6 orang, 2 masih hilang
Angka kematian akibat gempa bumi dengan magnitud 6.8 yang melanda selatan Filipina pada petang Jumaat meningkat kepada enam, dengan dua lagi masih hilang.

MetMalaysia kesan tiga gempa bumi di Filipina, Indonesia, Myanmar
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di Filipina, Indonesia dan Myanmar hari ini.

Gempa bumi dengan magnitud 7.2 landa wilayah Maluku Indonesia
Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda wilayah Maluku, Indonesia pada Rabu, menurut agensi geofizik (BMKG) negara itu.

50 maut dalam gempa bumi Nepal, gegaran turut dirasai di India Utara
Bangunan runtuh di banyak tempat di Nepal dan jumlah kematian dijangka meningkat.

13 cedera gempa bumi gegar barat Afghanistan
Satu gempa bumi baharu menggegarkan wilayah Herat di barat Afghanistan pada Sabtu malam mengakibatkan seramai 13 orang cedera, lapor Xinhua.

MTL: Orang ramai diingatkan elak aktiviti riadah di kawasan berisiko
Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan aktiviti riadah di kawasan perkelahan dan air terjun sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada pertengahan bulan depan hingga Mac 2024.

Gunung berapi Bulusan: Filipina keluar amaran Tahap 1
Filipina mengeluarkan amaran berjaga-jaga Tahap 1 selepas gunung berapi Bulusan yang terletak di wilayah Sorsogon, di tenggara Manila merekodkan 121 gempa bumi gunung berapi sejak 14 Okt.

Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.

Maghribi bangun semula kawasan musnah akibat gempa bumi
Tumpu usaha bantu keluarga terjejas dan mempercepat proses pemulihan dan pembangunan semula serta memastikan perkhidmatan asas tersedia.

80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.