awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Anwar berlepas ke Turkiye untuk zahir sokongan

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2023
15:49 MYT
Gempa bumi: Anwar berlepas ke Turkiye untuk zahir sokongan
Anwar bersama Zambry dan Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel di Kompleks Bunga Raya KLIA sebelum berlepas ke Turkiye malam Selasa. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Turkiye pada jam 11.10 malam Selasa bagi menzahirkan sokongan moral kepada negara tersebut yang dilanda gempa bumi besar minggu lalu.
Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.
Ia adalah lawatan kerja satu hari yang turut membabitkan tinjauan ke kawasan bencana gempa bumi di Gaziantep.
Pada masa sama beliau turut akan menyantuni pasukan penyelamat negara yang bertungkus-lumus dalam membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi.
Anwar membuat keputusan untuk ke Turkiye selepas dihubungi Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Erdogan meminta beliau ke sana untuk memberi sokongan moral memandangkan Malaysia merupakan antara negara terawal menghulurkan bantuan kemanusiaan ke negara tersebut.
Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut puluhan ribu nyawa dengan kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Recep Tayyip Erdogan
#gempa turkiye
#Gempa Bumi Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan