LEGAZPI CITY: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan Wilayah Bicol pada 9.57 malam Jumaat, lapor Agensi Berita Filipina.
Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) mengesan pusat gempa pada kedudukan 15 kilometer ke selatan Santo Domingo, Albay, dengan kedalaman sembilan kilometer.
Gegaran pada Intensiti V dirasai di Sto. Domingo dan Legazpi City, Albay; manakala Intensiti IV dirasai di Tabaco City, Ligao City, dan pekan Malilipot di Albay, serta di Cogon, Irosin, dan Donsol di Sorsogon.
Sementara itu, Intensiti III dirasai di Naga City dan Malinao di Albay, serta di Sorsogon City, Prieto Diaz, dan Juban di Sorsogon; dan Intensiti II dirasai di Goa, Camarines Sur dan Bulan, Sorsogon.
Phivolcs menyatakan bahawa kedua-dua gegaran susulan dan kerosakan dijangka berlaku akibat gempa bumi berkenaan.
-- BERNAMA-PNA