awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi gegar Indonesia

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2025
01:45 MYT
Gempa bumi gegar Indonesia
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan wilayah Maluku Barat Daya awal pagi Sabtu, namun tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami.
MALUKU: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan wilayah Maluku Barat Daya awal pagi Sabtu, namun tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami.
Menurut laporan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, gempa tersebut berlaku pada pukul 4.26 pagi waktu tempatan.
“Bagaimanapun, gempa ini tidak berpotensi menyebabkan tsunami dan sehingga kini belum ada laporan mengenai kerosakan atau korban jiwa akibat kejadian tersebut.
“Penduduk di kawasan berdekatan disarankan untuk kekal bertenang dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan agensi itu pada Sabtu.
Indonesia terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu zon gempa bumi dan letusan gunung berapi paling aktif di dunia.
Negara itu kerap mengalami gegaran, sama ada berskala kecil atau besar, yang boleh mengakibatkan kerosakan besar dan kehilangan nyawa.
Pihak berkuasa kini terus menjalankan pemantauan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini kepada orang awam dari semasa ke semasa.
Sementara itu, tiada sebarang arahan pemindahan dikeluarkan setakat ini, namun agensi pengurusan bencana tempatan kekal berada dalam keadaan bersiap siaga sekiranya diperlukan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Maluku Barat Daya
#tsunami
#Agensi Meteorologi Klimatologi dan Geofizik Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami