awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi kuat gegar Luzon, Filipina

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2022
17:20 MYT
Gempa bumi kuat gegar Luzon, Filipina
MetMalaysia berkata, pusat gempa bumi terletak 17.9 U dan 120.7 T dengan kedalaman 64 kilometer (km). - Gambar hiasan
GEMPA bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Luzon, utara Filipina malam tadi, dengan pegawai menjangkakan kerosakan akibat bencana alam berkenaan.
Pakar Seismologi Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (AS) Charm Villamil berkata, pihaknya menjangkakan kerosakan bangunan yang tidak mempunyai ciri binaan kukuh dalam kejadian jam 10.59 malam waktu tempatan itu, lapor agensi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi terletak 17.9° U dan 120.7° T dengan kedalaman 64 kilometer (km).
"(Pusat gempa) 36km Selatan dari Laoag City, Filipina. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," kata MetMalaysia di laman Twitternya, malam tadi.
Gempa bumi kuat M6.4 berlaku di Luzon, Filipina pada 10:59 mlm, 25 Oktober 2022. Pusat gempa bumi terletak 17.9° U dan 120.7° T kedalaman 64 km. 36km Selatan dari Laoag City,Filipina. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.MET Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/oHsTA1NHqj
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 25, 2022
Pada Julai, gempa bumi berukuran 7.0 magnitud di kawasan yang sama mencetuskan tanah runtuh dan retakan tanah di kawasan pergunungan, mengorbankan 11 orang dan mencederakan beberapa ratus yang lain.
Gempa bumi adalah kejadian yang kerap berlaku di Filipina, yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik.
Topic Berkaitan
#Luzon
#Filipina
#gempa bumi kuat
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan