Skip to main content

Politik

PRN Sarawak: 721 borang penamaan calon terjual

Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, seramai 40 bakal calon telah membayar deposit pilihan raya bagi membolehkan mereka menyertai pilihan raya berkenaan. - Astro AWANI
Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, seramai 40 bakal calon telah membayar deposit pilihan raya bagi membolehkan mereka menyertai pilihan raya berkenaan. - Astro AWANI

Ringkasan AI

  • Sebanyak 721 borang penamaan calon PRN Sarawak ke-13 telah dijual kepada parti politik dan individu setakat malam tadi.
  • Seramai 40 bakal calon telah membayar deposit pilihan raya, manakala 82 pusat penamaan calon bersedia menerima calon bermula 9 pagi esok.
  • SPR menasihatkan semua calon hadir awal dan mematuhi peraturan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar dan aman.
Advertisement

KUCHING: Sebanyak 721 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 dijual kepada parti politik dan individu setakat malam tadi, menjelang hari penamaan calon esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, seramai 40 bakal calon telah membayar deposit pilihan raya bagi membolehkan mereka menyertai pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, kesemua 82 pusat penamaan calon di seluruh Sarawak juga telah bersedia sepenuhnya untuk menerima calon bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi esok.

Advertisement

“Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, parti-parti politik dan juga pihak-pihak individu yang berkaitan supaya mematuhi semua peraturan, arahan yang diberikan oleh SPR dan juga pihak berkuasa supaya proses penamaan calon esok dapat berjalan dengan aman, tertib dan teratur dan tidak ada sebarang peristiwa yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan urusan dan simulasi hari penamaan calon PRN Sarawak ke-13 di pusat penamaan calon DUN Samariang, di sini pada Jumaat.

Advertisement

Sehubungan itu, semua calon dinasihatkan hadir lebih awal serta membuat semakan awal dokumen pencalonan dengan pegawai pengurus pilihan raya masing-masing bagi mengelakkan sebarang masalah ketika proses berlangsung.

Proses penamaan calon PRN Sarawak ke-13 akan berlangsung esok, sekali gus memulakan tempoh berkempen selama 14 hari sebelum hari pengundian pada 12 Disember.

 

 

Must Watch Video

Advertisement