Skip to main content

Dunia

Gempa bumi kuat landa Hawaii

41633906775_NAALEHUHAWAII.jpg
GEMPA kuat melanda kawasan berdekatan Naalehu, Hawaii pada Ahad.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berukuran 6.2 pada skala Richter melanda 29 kilometer dari bandar Naalehu, pada kedalaman 35 kilometer.

Laporan awal yang dikeluarkan USGS menyatakan gempa berkenaan berukuran 6.1 pada skala Richter namun menaikkan angka itu pada 6.2.

Gempa pada tahap ini boleh menyebabkan kemusnahan namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat memaklumkan tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa tersebut.




Advertisement

Must Watch Video