Skip to main content
Advertisement

Dunia

Gempa bumi magnitud 5.2 landa Papua New Guinea

GEMPA PAPUA_Astro AWANI
Pusat gempa itu terletak pada kedalaman 93.6 kilometer, dengan koordinat awal ditentukan pada 5.59 darjah selatan dan 151.66 darjah timur.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Wilayah New Britain, Papua New Guinea pada 2149 GMT pada Sabtu, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.

GFZ memaklumkan pusat gempa itu terletak pada kedalaman 93.6 kilometer, dengan koordinat awal ditentukan pada 5.59 darjah selatan dan 151.66 darjah timur.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda akibat kejadian tersebut.

Papua New Guinea terletak di Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan yang aktif dengan gempa bumi dan aktiviti gunung berapi, menyebabkan negara itu kerap mengalami gegaran seismik.

 

 

Must Watch Video

Advertisement