ANKARA: Gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda wilayah Sanliurfa di tenggara Turkiye pada Khamis namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, menurut agensi pengurusan bencana negara itu, lapor Xinhua.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan dalam satu hantaran media sosial, gempa itu berlaku pada 10.40 pagi waktu tempatan (0740 GMT) pada kedalaman 7.3 kilometer di daerah Karakopru.
Gegaran akibat gempa turut dirasai di wilayah jiran Adiyaman dan Gaziantep, sementara operasi pemeriksaan di lapangan sedang dijalankan, menurut agensi itu.
Stesen penyiaran swasta NTV melaporkan orang ramai panik dan bergegas keluar ke jalan raya manakala pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai supaya bertenang.
"Penilaian sedang dijalankan," kata Gabenor Sanliurfa, Hasan Sildak, menerusi saluran NTV.
Turkiye terletak pada beberapa garisan sesar seismik yang aktif.
-- BERNAMA-XINHUA