INTERNATIONAL
Gempa bumi Myanmar: Kerja pembersihan 80 peratus selesai di Mandalay

Jalan-jalan utama di Mandalay telah dibersihkan, manakala di Sagaing, pembersihan masih diteruskan dengan bantuan jentera berat. - Gambar fail/ Reuters
HANOI: Kerja-kerja pembersihan bangunan yang rosak akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada 28 Mac lepas kini hampir 80 peratus selesai di Mandalay dan kira-kira 50 peratus di Sagaing, menurut laporan media rasmi negara itu yang dipetik Agensi Berita Vietnam (VNA).
Ringkasan AI
- Kerja-kerja pembersihan bangunan rosak akibat gempa bumi di Myanmar pada 28 Mac hampir 80% selesai di Mandalay dan 50% di Sagaing.
- Jalan-jalan utama di Mandalay telah dibersihkan, manakala di Sagaing, pembersihan masih diteruskan dengan bantuan jentera berat.
- Setakat 1 Mei, gempa bumi magnitud 7.9 di Myanmar telah meragut sekurang-kurangnya 3,835 nyawa, mencederakan lebih 5,000 orang, dan menyebabkan 105 individu masih hilang.
Setakat 1 Mei, data rasmi menunjukkan gempa bumi dengan magnitud 7.9 di Myanmar telah meragut sekurang-kurangnya 3,835 nyawa, mencederakan lebih 5,000 orang dan menyebabkan 105 individu masih hilang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami