INTERNATIONAL
Gempa bumi Myanmar: Lapangan terbang Bangkok beroperasi seperti biasa, rel alami gangguan

Operasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi serta lapangan terbang lain di ibu negara Thailand berjalan lancar tanpa sebarang insiden. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Semua lapangan terbang di Bangkok, Thailand setakat ini masih beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
Ringkasan AI
- Semua lapangan terbang di Bangkok, termasuk Lapangan Terbang Suvarnabhumi, masih beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
- Beberapa stesen rel di Bangkok mengalami gangguan susulan pemeriksaan keselamatan, menyebabkan kemungkinan kelewatan perkhidmatan kereta api.
- Penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual penerbangan dan perkhidmatan rel daripada pihak berkuasa.
Dalam pada itu, beberapa stesen rel di Bangkok dilaporkan mengalami gangguan susulan pemeriksaan keselamatan.
Menurutnya, perkhidmatan kereta api antara Stesen Pusat Krung Thep Aphiwat dan Rangsit berkemungkinan mengalami kelewatan berikutan pemeriksaan struktur di laluan landasan bertingkat.
Langkah itu menurut laporan tersebut, diambil bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi sistem rel.
Sementara itu, perkhidmatan MRT Blue and Purple Line serta BTS Skytrain turut digantung sementara sebagai sebahagian daripada langkah kecemasan yang sedang dilaksanakan.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka lebih awal dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami