Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter melanda Pulau Seram, Indonesia pada 1.21 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gempa itu ialah di 229 km ke barat daya Sorong, Indonesia dan 1,521km ke tenggara Semporna, Sabah.

Tidak ada ancaman tsunami dikeluarkan.