Skip to main content

Dunia

Gempa bumi sederhana landa Minahassa, Sulawesi

61625840256_GempabumiGorontaloI.jpg
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 9.31 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman rasmi Twitternya memaklumkan, bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

"Pusat gempa bumi tersebut terletak 0.0° Utara dan 123.7° Timur dengan kedalaman 110 kilometer, iaitu 90 kilometer Tenggara dari Gorontalo, Indonesia," katanya kenyataan itu pada Jumaat.



Advertisement

Must Watch Video