awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa, Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2022
12:50 MYT
Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa, Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada 6.10 petang tadi. - Gambar Twitter @MetMalaysia
GEMPA bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada 6.10 petang Jumaat.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 65 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 149 km barat daya dari Sukabumi, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi sederhana M5.1 di Jawa, Indonesia pada 6:10 petang, 4 Februari 2022. Pusat gempa bumi di 7.6° Selatan dan 105.7° Timur dengan kedalaman 65 km. 149km Barat Daya dari Sukabumi,Indonesia. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/wTvdxj3Mkb
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 4, 2022
Dalam pada itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) melaporkan kejadian gempa bumi dengan 5.5 pada skala Richter di wilayah Bayah, Banten pada jam 5.10 petang waktu tempatan.
Gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu turut dirasai sehingga ke Jakarta dan sekitarnya.
Gegaran juga dirasakan Pasar Rebo Jakarta Timur, Cirendeu Jakarta Selatan, Cisauk, Tangerang Selatan hingga Depok.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#tiada ancaman
#tsunami
#Jakarta
#Gempa sederhana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan