awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Pasukan penyelamat Malaysia selamatkan enam mangsa terperangkap

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
11/02/2023
12:45 MYT
Gempa bumi Turkiye: Pasukan penyelamat Malaysia selamatkan enam mangsa terperangkap
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 berjaya membawa keluar sekurang-kurangnya enam mangsa yang terperangkap akibat gempa bumi di Turkiye. - Gambar fail/SMART
KUALA LUMPUR : Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 berjaya membawa keluar sekurang-kurangnya enam mangsa yang terperangkap akibat gempa bumi di Turkiye.
Menurut Pejabat Kedutaan Malaysia di Istanbul pada Sabtu, mangsa-mangsa berjaya dibawa keluar selepas pasukan SAR terbabit menggali kawasan runtuhan sedalam 8.5 meter.
Mangsa-mangsa tersebut dipercayai terperangkap di dalam sebuah terowong.
Mereka dilaporkan telah berada di dalam terowong berkenaan yang terletak di Gaziantep, selama kira-kira 129 jam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan Twitter Kedutaan Malaysia di Istanbul hari ini dan mendapat ciapan Wisma Putra.
Sehingga kini, pasukan SAR Malaysia bersama dengan pasukan pencarian antarabangsa masih giat berada di lapangan bagi mengesan mangsa yang terperangkap akibat gempa.
MIRACLE! The Malaysian SAR has just saved at least 6 people in Gazientep after ardously digging an 8.5 meter tunnel. The victims have held on for 129 hours! pic.twitter.com/S8aZUkHff6
— Consulate General of Malaysia In Istanbul (@MWIstanbul) February 11, 2023
Terdahulu, pasukan SMART MAS-01 menemukan enam mayat mangsa gempa bumi di sebuah bangunan hotel dan kediaman tujuh tingkat yang runtuh sepenuhnya di Nurdagi di sini, pada Jumaat.
Lima mayat terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki dipercayai sekeluarga itu dijumpai pada 9.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) manakala mayat keenam iaitu seorang wanita ditemukan pada 2.10 petang (7.10 malam waktu Malaysia).
Topic Berkaitan
#SMART MAS-01
#Gempa bumi Turkiye
#Pejabat Kedutaan Malaysia di Istanbul
#Gaziantep
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan