ANKARA: Jumlah kematian susulan gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria minggu ini meningkat kepada 23,831.

Di Turkiye, angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 20,318 dengan 80,052 yang lain dilaporkan cedera, menurut Menteri Kesihatan Turkiye Fahrettin Koca.

Jumlah kematian di Syria setakat ini ialah 3,513 - termasuk 2,166 di kawasan yang dikuasai pemberontak di barat laut, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets.

Manakala 1,347 kematian dicatat di bahagian yang dikawal kerajaan di Syria, menurut media kerajaan Syria.

Jumlah mangsa yang cedera di Syria merentasi semua wilayah yang terjejas ialah 5,245, dengan 2,295 di kawasan dikawal kerajaan dan 2,950 di kawasan dikuasai pemberontak.