awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta

Sinar Harian
Sinar Harian
28/04/2024
01:45 MYT
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
JAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Gegaran kuat itu dikesan di lokasi terletak kira-kira 151 kilometer di perairan barat daya Kabupaten Garut di Jawa Barat.
“Kedalamannya adalah pada 10 kilometer dan tidak berpotensi mencetuskan tsunami,” ujar BMKG menerusi akaun rasmi di platform X.
Gempa itu turut dirasai penduduk di Jakarta, Depok dan Bandung.
“Terasa seperti bergoyang-goyang,” kata Nia, salah seorang warga Depok.
Difahamkan, kebanyakan struktur turut merasai goncangan selama beberapa saat hingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di beberapa lokasi termasuk Sukabumi, Tangerang, Bogor, Banyumas, Cilacap, Bantul, Sleman, Kulonprogo, Trenggalek yang bertindak segera meninggalkan kediaman masing-masing.
Sehingga pagi Ahad, insiden gempa itu terus menjadi topik trending di platform X. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#skala Richter
#gegaran kuat
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan