DUNIA
Gempa susulan 5.1 magnitud landa Cebu

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat di sebuah bangunan yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda Bogo city, Cebu, Filipina, 2 Okt 2025. (Foto AP)
MANILA: Gempa bumi bermagnitud 5.1 menggegarkan Bogo City di Cebu pada awal pagi Jumaat, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).
Gempa bumi tektonik itu berlaku 18 kilometer timur laut Bogo City pada 5.39 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita Filipina (PNA).
Phivolcs berkata gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu merupakan gempa susulan daripada gempa bumi bermagnitud 6.9 yang melanda perairan berhampiran pulau Cebu di tengah Filipina pada 30 Sept lepas.
Tiada kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi bermagnitud 5.1 itu.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami