DUNIA
AS gertak negara sokong penubuhan Palestin dalam persidangan PBB akan 'dihukum'

Sumber memaklumkan, tindakan tegas itu akan diambil kerana ia bertentangan dengan kepentingan dasar luar AS. - Foto fail/REUTERS
PARIS: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa mengeluarkan arahan rasmi kepada kerajaan-kerajaan di seluruh dunia supaya tidak menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Persidangan yang bakal berlangsung pada 17 hingga 20 Jun ini bakal membincangkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.
Menurut Reuters, surat rasmi yang dihantar pada 10 Jun itu memberi amaran terhadap negara-negara yang mengambil tindakan anti-Israel selepas persidangan tersebut berisiko menghadapi tindakan diplomatik dari Washington.
Sumber memaklumkan, tindakan tegas itu akan diambil kerana ia bertentangan dengan kepentingan dasar luar AS.Langkah ini adalah sebahagian daripada pendekatan tegas AS yang selama ini menolak pengiktirafan Palestin sebagai negara merdeka tanpa rundingan langsung antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Sebelum ini, AS juga pernah menggunakan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang pengiktirafan penuh Palestin sebagai anggota PBB.
Selain itu, laporan lain memaklumkan, AS turut memberi amaran kepada Britain dan Perancis agar tidak mengiktiraf Palestin dalam persidangan berkenaan.
Perancis dan Arab Saudi adalah penganjur utama persidangan ini, dan Paris dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengiktiraf Palestin secara unilateral.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami