awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS gesa rakyatnya tinggalkan Lubnan

Bernama
Bernama
22/09/2024
04:35 MYT
AS gesa rakyatnya tinggalkan Lubnan
Ketegangan antara Israel dan Hezbollah di Lubnan semakin memuncak di tengah-tengah peningkatan serangan rentas sempadan sejak bermulanya perang Israel di Semenanjung Gaza. - Gambar AP
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan nasihat perjalanan pada Sabtu yang menggesa rakyatnya di Lubnan untuk meninggalkan negara itu sementara penerbangan komersial masih tersedia, lapor Agensi Anadolu.
"Disebabkan konflik berterusan yang tidak dapat diramalkan antara Hezbollah dan Israel serta insiden letupan baru-baru ini di seluruh Lubnan termasuk Beirut, Kedutaan AS menggesa warga AS untuk meninggalkan Lubnan sementara pilihan komersial masih tersedia.
"Pada masa ini, penerbangan komersial tersedia, tetapi pada kapasiti yang dikurangkan. Jika keadaan keselamatan bertambah buruk, pilihan komersial untuk berlepas mungkin tidak lagi tersedia," menurut kenyataan itu.
Ketegangan antara Israel dan Hezbollah semakin memuncak di tengah-tengah peningkatan serangan rentas sempadan sejak bermulanya perang Israel di Semenanjung Gaza. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan lubnan
#rakyat Amerika Syarikat
#Hezbollah
#Jabatan Negara Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan