awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ghana lapor 45 kes disahkan mpox pada bulan lepas

Bernama
Bernama
07/06/2025
20:30 MYT
Ghana lapor 45 kes disahkan mpox pada bulan lepas
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Ghana, kes yang disahkan mpox kini diasingkan manakala sumber tambahan turut digerakkan bagi memperkukuh kesiapsiagaan sistem kesihatan. - Gambar fail/REUTERS
ACCRA (Ghana): Ghana telah melaporkan 45 kes cacar monyet atau Mpox yang disahkan pada bulan lepas, menjadikannya wabak terburuk sejak 2022, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) yang memetik Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS).
Walaupun tiada kematian direkodkan, GHS telah mengaktifkan pasukan kecemasan serantau bagi mempertingkat pemantauan, melaksanakan pengesanan kontak dan menyokong pengurusan kes di kawasan terjejas.
Kes yang disahkan kini diasingkan manakala sumber tambahan turut digerakkan bagi memperkukuh kesiapsiagaan sistem kesihatan.
Ketua Pengarah GHS, Prof Samuel Kaba Akoriyea berkata kes itu disahkan menerusi ujian makmal.
"Kami sedang berusaha tanpa henti untuk mengekang penularan dan menggesa orang ramai agar segera melaporkan sebarang gejala serta mengelakkan kontak rapat dengan individu yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan menjaga kebersihan diri, mengelakkan sentuhan dengan individu dijangkiti serta mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya bergejala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ghana
#cacar monyet
#wabak
#mpox
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami