awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gillard umum lima menteri baru

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2013
02:05 MYT
Gillard umum lima menteri baru
Perdana Menteri Australia Julia Gillard membariskan lima muka baru dalam rombakan kabinetnya selepas Gillard tidak dicabar dalam pengundian Parti Buruh baru-baru ini. Menurut Gillard, pemilihan lima menteri baru itu berdasarkan kualiti kesetiaan kepada kepimpinan parti.. Lima menteri baru itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Jeneral Gabenor Quentin Bryce. Portfolio sumber dan tenaga diberikan kepada Gary Gray, seorang bekas eksekutif syarikat minyak, mengantikan Martin Ferguson. Sementara Anthony Albanese mengekalkan jawatannya dalam kabinet, walaupun beliau pernah dikatakan bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Kevin Rudd menjadi Perdana Menteri. Menteri luar Bob Carr juga kekal di sebalik laporan media yang mendakwa beliau menyokong usaha Rudd mencabar kedudukan Gillard. Pemerhati melihat, Australia akan malu besar sekiranya Carr disingkirkan kerana beliau dijadual menemui Naib Presiden Amerika Joe Biden di White House pada Isnin. Nama lain yang dilantik ialah Craig Emerson selaku Menteri Perdagangan dan Jason Clare selaku Menteri Keadilan. Ini merupakan barisan kabinet ke-enam Australia dalam tempoh tiga tahun.
Topic Berkaitan
#Australia
#baru
#kabinet
#Perdana Menteri Australia Julia Gillard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan