awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Terus berbakti walau selepas kematian: Tubuh 'dihadiahkan', demi generasi doktor masa depan
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cat rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla: Kapal tentera disyaki milik Israel cuba cetus provokasi di perairan antarabangsa - SNCC

Khalis Khadir
Khalis Khadir
01/10/2025
12:45 MYT
Global Sumud Flotilla: Kapal tentera disyaki milik Israel cuba cetus provokasi di perairan antarabangsa - SNCC
Sani Araby memaklumkan, corak serangan oleh tentera Israel sukar diramal walaupun rejim itu sebenarnya berpeluang untuk membuat pintasan lebih awal iaitu pada pagi Rabu waktu Malaysia. - Gambar Bernama
SEPANG: Sebuah kapal tentera dipercayai milik Israel yang menghampiri kapal Global Sumud Flotilla (GSF) cuba membuat provokasi walaupun masih berada di perairan antarabangsa.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ketika kejadian itu, kapal GSF terbabit turut mengalami gangguan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Menurutnya, terdapat juga aktiviti dengan anggaran 10 dron yang terbang dalam formasi mencurigakan, mengelilingi ruang flotilla yang telah memasuki zon kuning terakhir pada 4.20 pagi waktu Malaysia.
Bagaimanapun katanya, tiada pintasan fizikal berlaku dan seluruh delegasi berada dalam keadaan selamat serta kekal berjaga-jaga.
"Flotilla dijangka memasuki Zon Merah 3 bermula jam 9 malam waktu Malaysia hari ini. Siaran langsung CCTV dari atas kapal telah mula disiarkan di laman rasmi Sumud Nusantara untuk disaksikan masyarakat dunia sebagai rakaman bukti jika berlaku sebarang insiden.
"Semua kapal pemerhati tidak akan memasuki zon merah mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Ini termasuk kapal Shireen (Tunisia) dan Summertime-Jong (Itali)," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media berhubung perkembangan delegasi Misi GSF di MAPIM Central Warehouse, Bandar Serenia, di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, corak serangan oleh tentera Israel sukar diramal walaupun rejim itu sebenarnya berpeluang untuk membuat pintasan lebih awal pada pagi Rabu waktu Malaysia.
Katanya, kini cabaran mungkin lebih getir kerana pelayaran menghampiri ke zon merah yang berpotensi diancam dengan sebarang risiko lebih besar.
Sementara itu, beliau memberitahu, enam sukarelawan Sumud Nusantara akan diterbangkan pulang dari Greece ke Malaysia untuk menyambung tugas di SNCC Sepang.
"Jumlah ini membabitkan lima warga tempatan serta seorang warga Brunei yang dijangka tiba di tanah air pada malam Khamis. Ini adalah sebahagian proses penstrukturan susulan empat kapal flotilla mengalami kerosakan teruk dan tidak berupaya meneruskan pelayaran," ujarnya.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#CCTV
#Israel
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami