SEBUAH lagi kecerdasan buatan (AI) baharu dibangunkan oleh Google DeepMind tetapi kali ini ia bukan chatbot, bukan penjana imej atau menganalisa kanser.

Sebaliknya, TacticAI ialah AI yang memberikan saranan taktik untuk bola sepak menggunakan data yang dikumpul oleh kelab Liverpool FC.

Pada ketika ini, TacticAI digunakan untuk menyarankan taktik terbaik untuk menghasilkan gol atau mempertahankan serangan lawan menerusi tendangan sudut.

Data daripada perlawanan Premier League oleh Liverpool FC telah dikumpul selama beberapa tahun dan kedudukan pemain serta di mana bola perlu dihantar akan disarankan oleh TacticAI berdasarkan input yang dimasukkan.

Di Liverpool FC, taktik yang disarankan oleh AI ini dipilih oleh pakar manusia pada tahap 90% berbanding taktik yang dilakukan ketika sesi latihan.

TacticAI juga berjaya meramalkan pergerakan pemain dengan ketepatan yang tinggi.

Kerjasama DeepMind dan Liverpool FC diumumkan pada tahun 2021.

Selain TacticAI, AI yang menganalisis sepakan penalti dan meramal kedudukan pemain apabila tidak kelihatan di dalam video untuk menganalisis taktik juga telah dihasilkan sebelum ini. -Amanz