DUNIA
Greta Thunberg, beberapa aktivis lain berlepas dari Israel

Kementerian Luar Israel dalam catatan di laman X mengesah perkara itu bersama dua keping gambar Greta Thunberg - Foto/X IsraelIMFA
KUALA LUMPUR: Aktivis iklim dan hak asasi manusia Sweden, Greta Thunberg berlepas dari Israel dalam penerbangan ke Perancis pada Selasa selepas ditahan oleh tentera Israel bersama aktivis lain di atas kapal bantuan menuju ke Gaza.
Ringkasan AI
- Greta Thunberg dan 11 aktivis pro-Palestin lain ditahan oleh tentera Israel selepas kapal bantuan mereka menuju ke Gaza dipintas dan ditunda ke pelabuhan Ashdod.
- Mereka dibawa ke pusat tahanan di Ramle sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Ben Gurion untuk proses pengusiran; Greta telah berlepas ke Sweden melalui Perancis.
- Kapal layar yang membawa bantuan kemanusiaan itu dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition, yang mendakwa tindakan Israel menyerbu kapal di perairan antarabangsa adalah tidak sah.
Salah seorang warga Perancis yang ditahan oleh Israel ialah Rima Hassan yang merupakan Ahli Parlimen Eropah.
Kementerian luar Israel sebelum ini memaklumkan sesiapa yang enggan menandatangani dokumen pengusiran dan meninggalkan Israel akan dibawa kepada pihak berkuasa kehakiman untuk membenarkan pengusiran mereka.
Terdahulu, Greta bersama 11 aktivis pro-Palestin lain, dilaporkan telah dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv untuk proses pengusiran.
Menurut Kementerian Luar Israel, kapal tersebut telah ditunda ke pelabuhan Ashdod, dan kesemua aktivis dibawa ke pusat tahanan di Ramle sebelum dipindahkan ke lapangan terbang.
Kapal layar berdaftar di United Kingdom itu, yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition, ditahan oleh pasukan komando Israel pada awal pagi Isnin ketika menghampiri perairan Gaza.
Kapal tersebut membawa muatan bantuan kemanusiaan, termasuk beras dan susu formula bayi, sebagai usaha untuk menarik perhatian antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Freedom Flotilla Coalition menyatakan bahawa aktivis mereka telah "diculik oleh tentera Israel" dan menegaskan tindakan Israel menyerbu kapal di perairan antarabangsa adalah tidak sah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami