AKTIVIS alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg sekali lagi menyeru orang ramai dari seluruh pelusuk dunia untuk menyertai bantahan pencemaran alam sekitar.

Bantahan yang dikenali sebagai #ClimateStrike itu sebelum ini mencetus ilham kepada remaja dan pelajar seluruh dunia untuk berkumpul setiap Jumaat dengan seruan 'Fridays for future' bagi mendesak golongan dewasa bertindak segera menyelamatkan bumi.

Menerusi perkongsian di Facebook dan Instagramnya, Greta memaklumkan pada sesi bantahan September lalu, lebih 7.5 juta orang seluruh dunia menyertai bantahan tersebut.

"Lebih 7.5 juta orang menyertai bantahan pada September lalu. Esok (Jumaat), akan berlakunya satu lagi bantahan. Orang ramai digesa menyertainay!," katanya.


Sementara itu, orang awam di Amerika Syarikat dijangka menyertai bantahan tersebut seiring dengan sambutan Black Friday.

Menurut pihak penganjur, bantahan kali ini dijangka akan disertai lebih ramai anak muda tetapi ini tidak bermakna usaha dari orang dewasa tidak diperlukan.

BACA: Degil enggan terbang pulang, Greta sekali lagi harung lautan

BACA: Remaja penyelamat dunia tolak hadiah hampir suku juta


Malah, tenaga dari orang dewasa lebih diperluaskan untuk menangani isu pencemaran alam ini.

Pastinya, bantahan kali ini menyuarakan keinginan anak muda buat pemimpin dunia untuk segera mengambil langkah yang sepatutnya bagi isu ini.

Satu lagi bantahan dijangkan akan diadakan pada 6 Disember nanti.