INTERNATIONAL
Gunung Agung meletus lagi! Abu panas terbang setinggi 5.1 km

Menurut PVMBG, letusan Gunung Agung berlaku jam 3.21 minit pagi waktu tempatan pada Ahad. -Gambar fail
Gunung Agung di Bali meletus sekali lagi dengan penampakan abu panas setinggi 5.1 kilometer dari paras laut.
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku jam 3.21 pagi waktu tempatan pada Ahad.
"Abu letusan dilihat berwarna kelabu dengan kemungkinan bergerak menuju ke arah barat daya.
"Letusan ini direkodkan menggunakan kaedah seismogram dengan amplitud maksimum 25 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 2 minit 55 saat," jelasnya.
Masyarakat tempatan dan juga para pelancong diminta untuk tidak melakukan aktiviti di sekitar 4 kilometer dari kawasan puncak gunung tersebut.
Tahun lalu, Gunung Agung pernah menggemparkan penduduk apabila memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami