awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi Raung meletus: Rakyat Malaysia selamat

Bernama
Bernama
11/07/2015
05:21 MYT
Gunung berapi Raung meletus: Rakyat Malaysia selamat
Letusan gunung berapi Raung turut memberi kesan kepada jadual penerbangan di Bali. - Gambar Fail
Rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan terjejas akibat letusan gunung Raung di Jawa Timur, Indonesia, dilaporkan berada dalam keadaan selamat setakat ini, demikian menurut Kementerian Luar.
Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, mereka termasuk pelajar.
"Kebanyakan pelajar telah pulang ke Malaysia sempena cuti semester. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui Pejabat Education Malaysia Jakarta sentiasa berhubung dengan wakil pelajar," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar sedang memantau aktiviti letusan gunung di Banyuwangi, Jawa Timur itu yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Bali.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 00 62 215224947 sambungan 3201 (waktu pejabat) atau 00 62 87877226433 (selepas waktu pejabat).
Pegawai bertugas Kementerian Luar juga boleh dihubungi di talian 03-88874570 atau 03-88874770.
Topic Berkaitan
#Bali
#gunung Raung
#Indonesia
#Jawa Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan