awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Bulusan meletus, Filipina naikkan tahap amaran

Bernama
Bernama
28/04/2025
05:15 MYT
Gunung Bulusan meletus, Filipina naikkan tahap amaran
Letusan itu memuntahkan abu setinggi 4.5 kilometer dari kawah sebelum berserakan ke arah barat hingga barat daya. - Gambar fail/Reuters
MANILA: Pihak berkuasa Filipina menaikkan tahap amaran untuk Gunung Bulusan di wilayah Sorsogon, tenggara Manila selepas gunung berapi itu memuntahkan asap tebal setinggi 4.5 kilometer ke udara pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Gunung Bulusan di Filipina telah memuntahkan asap tebal setinggi 4.5 kilometer ke udara, menyebabkan pihak berkuasa menaikkan tahap amaran dari sifar ke satu pada skala lima.
  • Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) memberi amaran tentang kemungkinan letusan berulang dan melarang sebarang aktiviti dalam zon bahaya sejauh 4 kilometer dari kawah gunung.
  • Filipina mempunyai 24 gunung berapi aktif, termasuk Gunung Mayon, Gunung Taal, dan Gunung Kanlaon, yang masing-masing berada pada tahap amaran satu dan tiga.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) dalam satu kenyataan memaklumkan tahap amaran dinaikkan dari sifar ke satu pada skala lima, selepas letusan freatik berlaku pada 4.36 pagi waktu tempatan dan berlarutan selama 24 minit.
"Letusan itu memuntahkan abu setinggi 4.5 kilometer dari kawah sebelum berserakan ke arah barat hingga barat daya," menurut kenyataan itu.
Institut terbabit memberi amaran tentang kemungkinan letusan berulang, menggesa penduduk setempat supaya berwaspada dan melarang sebarang aktiviti dalam zon bahaya sejauh 4 kilometer dari kawah gunung.
PHIVOLCS turut menasihatkan juruterbang dan pihak berkuasa penerbangan awam supaya mengelakkan penerbangan berhampiran puncak Gunung Bulusan.
Filipina mempunyai 24 gunung berapi aktif. Selain Gunung Bulusan, Gunung Mayon di wilayah Albay dan Gunung Taal berhampiran Manila kini berada pada tahap amaran satu, manakala Gunung Kanlaon diletakkan pada tahap amaran tiga, menunjukkan ketidakstabilan magma dengan peningkatan risiko letusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Bulusan
#gunung berapi
#Filipina
#meletus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan