awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Merapi meletus enam kali

Bernama
Bernama
04/04/2024
12:23 MYT
Gunung Merapi meletus enam kali
BPPTKG menggesa penduduk berhampiran supaya sentiasa berwaspada dan menasihatkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti dalam zon bahaya. - X @BPPTKG
JAKARTA: Gunung Merapi yang terletak di sempadan wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta meletus enam kali pada Khamis dengan memuntahkan lahar sehingga 1.5 kilometer.
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) menggesa penduduk berhampiran supaya sentiasa berwaspada dan menasihatkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti dalam zon bahaya.
Menurut Ketua BPPTKG Yogyakarta, Agus Budi Santoso unjuran abu gunung berapi semasa letusan boleh menjangkau sehingga tiga kilometer dari puncak.
"Aliran lahar dan piroklastik menimbulkan ancaman kepada kawasan barat daya dalam lingkungan lima hingga tujuh kilometer dan tenggara dalam lingkungan tiga hingga lima kilometer," katanya dalam satu kenyataan.
Pemerhatian yang dijalankan oleh BPPTKG Yogyakarta dari tengah malam hingga 6 pagi waktu tempatan menunjukkan aliran lahar bergerak ke arah barat daya.
Pusat itu mengekalkan status Gunung Merapi pada Tahap III atau Amaran, menunjukkan risiko berterusan dari gunung berapi berkenaan
Merapi juga dikenali sebagai "Gunung Api" mempunyai ketinggian 2,891 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Merapi
#letusan
#Jawa Tengah
#Yogyakarta
#BPPTKG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan