awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru letak cecair peluntur dalam makanan murid

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2022
22:00 MYT
Guru letak cecair peluntur dalam makanan murid
Ayana Hanzawa ditahan polis selepas mengaku memasukkan cecair peluntur ke dalam makanan tengah hari muridnya. - Foto agensi
SAITAMA: Akibat kecewa ditukarkan mengajar ke kelas lain, seorang guru wanita di wilayah Saitama, Jepun hilang pertimbangan apabila sanggup meletakkan cecair peluntur dalam makanan tengah hari muridnya.
Lapor Kyodo News memetik kenyataan polis di Fujimi menyebut bahawa Ayana Hanzawa mengaku melakukan perbuatan itu sekitar jam 11.30 pagi (waktu tempatan) di Sekolah Rendah Mizutani-Higashi pada Khamis lalu.
Tambah laporan itu, beberapa murid menyedari bau aneh yang datang daripada hidangan kari mereka sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada guru lain.
"Tiada murid yang menjamah kari tersebut dan ia telah dihantar ke makmal untuk analisis.
"Hasilnya mendapati hidangan itu mengandungi peluntur klorin," kata polis.
Difahamkan, Hanzawa mengajar di sekolah itu sejak 2020 dan kecewa apabila diarah menjadi guru kelas lain pada April lalu biar pun sebelum ini dia berkeras mahu kekal dengan kelas lamanya.
Menurut pegawai sekolah yang enggan namanya disiarkan, kari yang dicemari cecair peluntur itu bertujuan untuk dihidangkan kepada murid di kelas baharu guru wanita berusia 24 tahun tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#peluntur
#Sekolah Rendah Mizutani-Higashi
#Ayana Hanzawa
#hidangan kari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan