awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Mahkamah Agung AS Antonin Scalia meninggal dunia

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
14/02/2016
02:53 MYT
Hakim Mahkamah Agung AS Antonin Scalia meninggal dunia
Scalia (gambar) terkenal sebagai seorang hakim yang gemar berdebat dan bertanya soalan sukar kepada para pendakwaraya dan peguam yang terlibat dalam perbicaraaan yang dihakiminya. -Foto AP
Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Antonin Scalia meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun, lapor CNN.
Menurut sumber kerajaan, Scalia meninggal dunia sewaktu tidur ketika dalam rangka kerja lawatannya ke sebuah ladang di Texas.
Kematian Scalia menimbulkan perdebatan sama ada kerusi beliau perlu diisi serta-merta dengan sumber dalaman menyatakan Presiden Barack Obama merancang untuk mencadangkan pengganti Scalia.
Pemimpin majoriti Dewan Senat Mitch McConnell bagaimanapun berkata pencalonan tersebut perlu dilakukan hanya selepas presiden baharu dipilih tahun hadapan.
Keputusan penting
Sejak dilantik sebagai hakim oleh Presiden Ronald Reagan pada tahun 1986, Scalia telah membuat beberapa keputusan yang penting dalam mencorak undang-undang dan iklim politik Amerika Syarikat:
Kes District of Columbia v. Heller Scalia menegakkan Pindaan Kedua yang melindungi hak untuk menyimpan senjata api di rumah. Kes Bush v. Gore Scalia menghentikan pengiraan semula undi presiden di Florida sekali gus menyumbang kepada kemenangan George W. Bush sebagai presiden Amerika Syarikat ke-43.
Pemergian dikenang
Ketua Hakim John Roberts menyatakan kesedihannya yang dikongsi bersama para hakim yang lain.
“Beliau individu dan pakar undang-undang yang hebat, dikagumi dan dihargai oleh rakan sejawat,” ujar Roberts yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga Scalia.
Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih Eric Schultz menyatakan Obama sudah dimaklumkan tentang berita kematian Scalia.
“Presiden dan Wanita Pertama mengucapkan takziah kepada keluarga Scalia. Kenyataan penuh Presiden akan menyusul hari ini,” tambah Schultz.
Kematian Scalia turut mendapat perhatian calon-calon presiden yang berkongsi ucapan takziah di media sosial:
My thoughts and prayers are with Justice Scalia's family and colleagues, who mourn his passing.
— Bernie Sanders (@SenSanders) February 13, 2016
The totally unexpected loss of Supreme Court Justice Antonin Scalia is a massive setback for the Conservative movement and our COUNTRY!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) February 13, 2016
Justice Scalia was an American hero. We owe it to him, & the Nation, for the Senate to ensure that the next President names his replacement.
— Ted Cruz (@tedcruz) February 13, 2016
Statement on the passing of Supreme Court Justice Antonin Scalia: pic.twitter.com/xazj9dDd5c
— Hillary Clinton (@HillaryClinton) February 14, 2016
Topic Berkaitan
#Antonin Scalia meninggal dunia
#Barack Obama
#Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat
#Ronald Reagan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan