Dua hakim mahkamah rendah di Jambi, Sumatera Tengah, seorang daripadanya hakim mahkamah syariah, dipecat pada Selasa selepas didapati melanggar kod etika kerana melakukan hubungan sulit, lapor agensi berita Antara.
Hakim mahkamah negeri, Elsadela dan hakim mahkamah syariah, Mastuhi yang dibicarakan berasingan bagaimanapun mendapat hak pencen.
"(Jawatankuasa mendapati) Hakim terlapor terbukti melanggar kod etika pedoman dan perilaku hakim dan (jawatankuasa) menjatuhkan hukuman pemberhentian tetap dengan hak pencen," kata Ketua Majlis Kehormatan Hakim, Andi Syamsu Alam ketika membacakan keputusan sidang panel itu.
Menurut panel itu, tindakan dua hakim berkenaan tidak menjunjung harga diri, martabat dan keluhuran hakim.
Dua hakim itu dihadapkan ke jawatankuasa etika yang ditubuhkan oleh Mahkamah Agung dan Suruhanjaya Kehakiman.
Kes itu didengar selepas suami Elsadela membuat laporan mendakwa isterinya mengadakan hubungan sulit dengan Mastuhi, yang juga telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Beliau membuat laporan itu selepas menjebak isterinya berdua-duaan dengan hakim agama itu pada akhir November tahun lalu.
Dalam pembelaannya meminta hukuman yang ringan, Elsadela berkata rumahtangganya tidak harmoni sejak awal pernikahan dan mengaku pernah menuntut cerai daripada suaminya.
Krisis rumahtangga itu jugalah yang membawa kepada perkenalannya dengan Mastuhi. Mereka pada awalnya bertukar nombor PIN Blackberry untuk tujuan rundingan permohonan cerai. Namun, Elsadela mendakwa Mastuhi menggunakan kesempatan itu untuk mendekatinya sehingga terjebak melakukan hubungan suami isteri.
"Awalnya, (Elsadela) mengira Mastuhi sebagai malaikat penyelamat, tapi ternyata malah sebagai serigala berbulu domba," kata Hakim Desnayati membacakan pembelaan Elsadela.
Ini adalah kes terbaru pemecatan hakim yang terbukti melanggar kod etika bersabit melakukan hubungan sulit.
Pada akhir Februari lalu, seorang hakim di Maluku digantung tugas dua tahun kerana didapati mengadakan hubungan sulit dengan keraninya yang bekerja di mahkamah yang sama.
Sementara itu, jurucakap Mahkamah Agung, Ridwan Mansyur berkata adalah sukar untuk pihaknya mengawal perlakuan seperti ini kerana ia melibatkan ruang peribadi kehidupan seorang hakim.
"Mereka tidak harus menggunakan alasan ditugaskan jauh dari keluarga untuk menghalalkan tindakan mereka kerana semua hakim bersetuju bahawa mereka sedia untuk ditugaskan ke mana saja," katanya seperti dipetik oleh The Jakarta Post.
Seorang anggota suruhanjaya kehakiman sebelum itu mengkritik sistem Mahkamah Agung yang sering menempatkan hakim jauh daripada keluarga dan amalan itu membuka ruang kepada perselingkuhan.
Tahun lalu, panel berkenaan menghukum tujuh hakim kerana pelanggaran etika dengan empat daripadanya melibatkan kes hubungan sulit. -- Agensi
Agensi
Wed Mar 05 2014
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Hakim syariah dipecat ekoran hubungan sulit
Dua hakim mahkamah rendah di Jambi, Sumatera Tengah dipecat selepas didapati melanggar kod etika kerana melakukan hubungan sulit.