awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halangan berterusan jejaskan penyaluran bantuan ke Gaza - PBB

Bernama
Bernama
08/11/2025
08:45 MYT
Halangan berterusan jejaskan penyaluran bantuan ke Gaza - PBB
Kemasukan bantuan masih terhad kepada hanya dua lintasan, tanpa akses langsung dari Israel ke utara Gaza atau dari Mesir ke selatan Gaza. Gambar/ Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa meskipun penghantaran bantuan ke Gaza semakin meningkat selepas gencatan senjata, sekatan berterusan terus menghalang penduduk yang memerlukan daripada menerima bantuan penting, lapor Xinhua.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata kemasukan bantuan masih terhad kepada hanya dua lintasan, tanpa akses langsung dari Israel ke utara Gaza atau dari Mesir ke selatan Gaza, selain beberapa barangan serta kakitangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan masuk.
Rakan kerjasama PBB dalam bidang perlindungan memaklumkan bahawa sebahagian besar penduduk masih berlindung di kawasan penempatan sementara yang sesak dan tidak selamat, kebanyakannya diwujudkan secara spontan di kawasan terbuka.
Mereka menjelaskan bahawa apabila sekatan berjaya ditamatkan, bahan bantuan yang sedia ada berupaya memenuhi sebahagian besar keperluan kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin yang memerlukan bantuan sedemikian.
Bagaimanapun, terdapat perkembangan positif dalam aspek bekalan makanan.
Sejak gencatan senjata pada 10 Okt hingga 3 Nov, PBB dan rakan pelaksana telah mengumpulkan lebih 37,000 tan metrik bantuan dari lintasan Gaza, kebanyakannya bekalan makanan, menurut Mekanisme PBB 2720, kata OCHA.
Selepas gencatan senjata, Program Makanan Sedunia (WFP) menyalurkan bantuan makanan kepada lebih sejuta penduduk termasuk pengagihan makanan siap dimakan, sokongan kepada kedai roti, snek berkhasiat untuk kanak-kanak, khidmat pemakanan tambahan dan bantuan tunai digital.
OCHA turut memaklumkan bahawa analisis geospatial terkini oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta Pusat Satelit PBB mendapati hanya 13 peratus kawasan pertanian di Semenanjung Gaza tidak mengalami kerosakan, dan kebanyakannya tidak dapat diakses kerana terletak dalam kawasan yang masih dikuasai tentera Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#kekejaman israel
#gencatan senjata
#bantuan kemanusiaan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan