awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas tolak cadangan gencatan senjata Israel

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2024
23:40 MYT
Hamas tolak cadangan gencatan senjata Israel
Anggota tentera rejim Zionis Israel melihat bangunan yang musnah di Semenanjung Gaza. - Foto AP
GAZA: Pejuang Hamas menolak cadangan gencatan senjata Israel, pada Sabtu.
Hamas berkata, pihaknya telah serahkan jawapannya terhadap cadangan yang diterima Isnin lalu kepada pengantara Mesir dan Qatar.
Selepas lebih enam bulan berperang dengan Israel di Gaza, rundingan masih menemui jalan buntu.
Hamas bertegas dengan tuntutannya bahawa sebarang perjanjian mesti menamatkan perang.
Antara tuntutan Hamas adalah gencatan senjata kekal, pengunduran tentera Israel dari seluruh Gaza, rakyat Gaza dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, kemasukan bantuan dan pembinaan semula Gaza.
Israel mahu mendapatkan kembali tebusan yang ditahan oleh Hamas dalam serangan 7 Oktober.
Namun Israel berdegil tidak akan berhenti berperang sehingga Hamas dimusnahkan sebagai pasukan tentera.
Israel juga mengatakan masih merancang untuk melakukan serangan ke atas bandar Rafah di selatan Gaza, di mana lebih sejuta orang awam sedang berlindung.
Hamas berkata, pihaknya bersedia memuktamadkan perjanjian pertukaran tahanan dengan tebusan dengan Israel.
Ini akan menyaksikan pembebasan 133 tebusan yang masih ditahan di Gaza sebagai balasan kepada ratusan rakyat Palestin yang dipenjarakan di Israel.
Kenyataan Hamas itu dikeluarkan beberapa hari selepas Israel membunuh beberapa ahli keluarga ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Gaza.
Haniyeh berkata, Hamas masih mencari perjanjian tetapi Israel berlengah-lengah dan mengelak tindak balas terhadap tuntutan Hamas.
Seruan global untuk gencatan senjata telah berkembang apabila perang telah memasuki bulan ketujuh.
Topic Berkaitan
#Hamas
#gencatan senjata
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan