awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia

Bernama
Bernama
20/05/2025
15:38 MYT
Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren. - Sinar Harian
ISTANBUL: Hampir 300 penumpang berjaya diselamatkan pada Selasa selepas terperangkap selama beberapa jam dalam sebuah tren di Sydney, Australia apabila kabel kuasa voltan tinggi terjatuh ke atas gerabak, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan media tempatan.
Menurut ABC News, lebih 300 penumpang dibawa keluar dengan selamat selepas insiden kabel kuasa voltan tinggi terjatuh ke atas gerabak berhampiran Stesen Strathfield dan Homebush di Sydney.
Laporan awal menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren tersebut.
Perkhidmatan tren antara Stesen Central Sydney dan Lidcombe turut digantung susulan kejadian, dengan Sydney Trains memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha mengasingkan pendawaian 1,500 volt overhed daripada tren terlibat.
"Peranti penyambung kuasa tren telah berlanggar dengan beberapa kabel dalam sistem wayar atas," kata Penyelaras Umum Pengangkutan New South Wales, Howard Collins.
Beliau berkata pasukan teknikal perlu mematikan bekalan elektrik ke kabel tersebut sebelum memindahkan penumpang dari tren ke stesen terdekat.
Collins menambah bahawa punca kabel elektrik hidup itu terjatuh ke atas gerabak masih belum diketahui. "Kami akan menyiasat punca sebenar kejadian ini," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, negeri New South Wales turut memulakan pemindahan puluhan penduduk dari kawasan berisiko banjir pada Selasa susulan amaran kecemasan berikutan hujan lebat, menurut laporan ABC News.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kabel voltan tinggi
#tren
#penumpang diselamatkan
#Australia
#strathfield
#homebush
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan